Isi Belog

Woit!!

1) Kalian amat digalakkan baca ikut pembahagian topik-topik dalam belog ini.Cume klik pada bahagian yang korang nak baca di 'isi belog'.

2) Baca dengan penuh perhatian tapi jangan sampai hingus meleleh dah.


Sekian
Powered by Blogger.
Sunday 27 May 2012

Belog Adik Beradik Kool


Assalamualaikum wrt wbt...

Hanif (anep/ayob)
Hanafi (pupup)
Hilmi Muhaimin (yoyoy)
Hakim (akem)
Haziq (damek)

Tahniah semua kerana bagi masa ziarah belog yang baru abang lancarkan ni.Belog ni bukan bertujuan nak jadi 'poyo' ape lagi 'tunjuk hebat'.Dengan ini belog ini dirasmikan atas beberapa tujuan utama :



1) Nak kongsi ilmu dari pelbagai sumber yang sahih.2 jenis ilmu yang kita akan sama-sama 'update' :
 
    i) Ilmu dunia-Pengurusan masa,pengurusan wang,pelaburan wang,'teamwork',hiburan mendidik,politik,ekonomi,kesihatan,ilmu internet,ilmu komputer &gadget, ilmu sosial.Kesemua ini akan kita cedok dari sape sahaja yang ada kepakaran samaada dari barat ataupun dari negara-negara Islam asalkan ia tidak bertentangan dengan agama dan ia menguntungkan diri,keluarga,masyarakat dan agama. Tujuan kita kuasai sebanyak mungkin 'skill' dan 'ilmu' agar kita dapat letak agama ketempat tertinggi di tengah masyarakat dengan sedaya upaya yang kita ada..InsyaAllah.

   ii) Ilmu Akhirat : Ini sudah tentu amat wajib sama sekali bagi kita semua pelajari.3 perkara asas ilmu Islam yang kita kena sentiasa 'update' iaitu ilmu tauhid(kenal Allah),ilmu ibadah/fiqh dan ilmu akhlak/tasawuf.Dalam belog ni,akan disajikan pelbagai method penyampaian ilmu agama itu dari sumber yang sahih samaada dalam bentuk video-video,peta minda,'powerpoint' dan artikel dan sebagainya.Tujuannya agar kita dapat saling tolong menolong untuk kebaikan walaupun kita duduk berjauhan.



2)Belog ini juga bertujuan utk 'announce' ape je perancangan dan aktiviti-aktiviti secara langsung ataupun x langsung sesama kita adik beradik.Sebagai contoh,mungkin abang akan ada nak buat 'bisnes'..Abang akan 'announce' disini utk semua tahu ape yang telah dan akan abang laksanakan.



3) Seterusnya adalah utk kita update berita-berita dan isu-isu semasa umat islam dalam negara dan luarnegara.



Sekian dulu kali ini..nantikan 'next post' dari belog ini!:-)

2 comments:

MUJAHID295 said...

JOSH....

Adik Beradik Kool said...

Aku amik inspirasi JOSH dari hanif adik beradik ynag ke-3..haha