Wednesday 27 June 2012

Bedah Buku


Salam semua,moga kalian semua bahagia dan lebih kaya jiwa dan harta..InsyaAllah..Doakan kebaikan orang lain,insyaAllah apa yang kita doakan untuk orng lain itu akan Allah kembalikan kepada kita.Tak percaya cuba la...paling kurang yang kita dapatpun adalah ketenangan hati..

Episod kali ini mari kita bedah sedikit buku dari barat yang boleh dikatakan antara yang terbaik untuk kita hadam bersama.Sebelum tu,pernah bukan kita semua alami satu keadaan yang kita terkdang sukar nak bercampur dengan sesetangah rakan kita.Samaada utk kita ajak mereka kepada dakwah,untuk berkwan dengan kita,untuk berbisnes dengan mereka?Ada juga kita alami kurang keyakinan diri untuk menghadapi orng yang kita tidak pernah kenal apa lagi untuk berborak panjang dengan mereka.

Komunikasi yang efektif penting utk kita bina kredibiliti diri sekaligus memengaruhi ornag lain utk ikut bersama samaada dalam dakwah ataupun bisnes kita.Kita mungkin sedar atau tidak sering melakukan kesilapan dalam komunikasi kita yang membuatkan orang lain kurng selesa terhadap kita.Ini akan menjejaskan kredibiliti kita dan rasa ukhuwah sesama manusia.

Apa yang terkandung dalam buku ini ialah untuk memiliki kemahiran komunikasi yang baik,ada beberapa prinsip yang perlu kita ketahui dan amal sampai ia menjadi tabiat hidup kita,berikut senarai prinsip-prinsip yang digariskan oleh pengarang buku ini :


• Principle 1 - Begin with praise and honest appreciation.
                     (Mulakan perbualan dengan pujian yang ikhlas terhadap mereka)

• Principle 2 - Call attention to people's mistakes indirectly.
 (Tegur kesilapan mereka secara tak langsung contohnya : ceritakan kisah yang berkait dgn sifat  yg hendak ditegur)

• Principle 3 - Talk about your own mistakes before criticizing the
other person.
(sebut kesilapan diri sndiri dulu seblum kritik orng lain)

• Principle 4 - Ask questions instead of giving direct orders.
(Tanya soalan yang membina daripada memberi arahan terus contohnya,'bagaimana nak jadikan rumah menjadi lebih bersih?)

• Principle 5 - Let the other person save face.
(walaupun kita betul dan orang lain salah,sentiasa jaga air muka orng itu)

• Principle 6 - Praise the slightest improvement and praise every
improvement. Be "hearty in your approbation and lavish in your
praise."
(puji dengn sepenuh hati dan jujur bila rakan kita capai sesuatu kejayaan)

• Principle 7 - Give the other person a fine reputation to live up to.
( Beri kepada orang lain ruang utk mereka boleh berjaya dgn cara mereka sendiri)

• Principle 8 - Use encouragement. Make the fault seem easy to
correct.
(Gunakan galakan,jadikan kesilapan mudah untuk diperbetulkan)

• Principle 9 - Make the other person happy about doing the thing
you suggest.
(Jadikan orang lain suka buat perkara yang kita cadangkan).

p/s : selamat mencuba..;-)
Friday 15 June 2012

Lagi Video Pecah Panggung!!


Saksikan video yang sungguh gempak lagi super saiya ni tentang raja sebaik raja dan tentera yang sebaik tentera Rasulullah saw pernah sebut dihadapan sahabat r.a.Hadis Rasullulah saw ini terbukti 800 tahun selepas itu,yang mana kisah pemuda itu adalah dalam video yang korang bakal terbeliak mata saksikannya!!!Cepat!! jangan buang masa,mari kaji ape yang hebat sangat pemuda merangkap sebaik raja kepada sebaik tentera islam ini sampai Rasulullah saw sebut pasal die ni..




p/s : Mari melakar sesuatu yang bermakna dan bermanfaat buat agama.Gali segala ilmu dan mahirkan segala kepakaran.
Thursday 14 June 2012

Nenek Apan..:-)





p/s : nenek apan tiruan tapi tetap kool raut wajah nenek ini sperti koolnya nenek apan..hehe..

Iman Itu Manis


Kelazatan iman (Halawatul Iman) tidak boleh dirasai jika kita tidak memulakan langkah untuk memahami hikmat di sebalik setiap apa yang kita lakukan, mengapa dan bagaimana kita lakukannya.

Kesedaran diri adalah kata awalan terhadap setiap amalan yang kita lakukan.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

"Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api." (Muttafaq alaih)

Anas berkata,

"Aku melayani Rasulullah SAW selama sepuluh tahun, Baginda tidak pernah memukulku, tidak pernah mencelaku dan tidak pernah bermuka masam di hadapanku. Rasulullah SAW mendoakan Anas dikurnia harta dan anak yang ramai dan doa Baginda dikabulkan Allah."

Makna hadis ini, ada tiga sifat yang jika ada pada seseorang maka orang itu akan berasakan manisnya iman. Manisnya iman adalah rasa nikmat ketika melakukan ketaatan kepada Allah, ketenangan jiwa, kesenangan hati dan lapangnya dada.

Al-Imam Ibnu Hajar al-Asqalani berkata,

"Syaikh Abu Muhammad bin Abu Hamzah berkata:

Pengungkapan dengan lafaz 'manis' kerana Allah mengumpamakan iman seperti pohon, seperti di dalam firman-Nya bermaksud:


"Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik." (Surah Ibrahim, ayat 24)

Kalimat yang baik adalah kalimat ikhlas, kalimat tauhid, sedangkan pohon adalah pokok daripada keimanan, cabangnya adalah menjalankan perintah dan menjauhi larangan,daun-daunnya adalah segala amal kebaikan yang harus diperhatikan seorang mukmin,dan buahnya adalah segala macam bentuk ketaatan.

Manisnya buah ketika buah sudah matang,dan puncak daripada rasa manis itu adalah apabila buah telah benar-benar masak. Maka ketika itulah akan terasa manisnya buah itu.Mencintai Allah mestilah melebihi cintanya kepada orang lain seperti orang tua, anak, diri sendiri dan sesiapa saja yang dekat dengan kita. Beriman kepada Allah memiliki rasa manis yang tidak mungkin dinikmati, kecuali oleh orang yang beriman dengan sebenar-benar keimanan, penuh keikhlasan dan ilmu.

Oleh kerana itu, tidak semua orang yang mengatakan dirinya Muslim atau mukmin secara automatik dapat berasakan manisnya iman. Iman bukan cukup hanya dengan angan-angan, tetapi wajib dimantapkan dalam hati, dikuatkan dengan perkataan dan perbuatan yang dijiwai sepenuh hati. Kata kunci segala permasalahan ini adalah ikhlas.

Mengikut Imam Ibnul Qayyim, antara perbuatan untuk memperoleh kecintaan Allah dan kemanisan iman, selepas melakukan ibadat wajib:

1) Membaca al-Quran dengan merenungkan dan memahami maknanya.
2)Mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan amalan sunat.
3)Terus menerus berzikir kepada Allah dalam setiap tindak tanduk kehidupan dengan hati, lisan atau perbuatan.
4)Mendahulukan apa yang dicintai Allah daripada apa yang dicintai diri sendiri.
5)Berkawan dengan orang yang jujur mencintai Allah dan orang soleh
6)Menjauhi segala perkara yang dapat menghalangi pautan hati dengan Allah.
7)Mencintai Rasulullah SAW yang menyusul selepas mencintai Allah adalah ciri terpenting yang harus dimiliki sesiapa saja yang ingin berasakan kelazatan iman. Cinta Allah dan Rasul-Nya adalah kayu ukur bagi kecintaan terhadap diri sendiri, orang tua, anak dan seluruh manusia.

Suatu ketika Saidina Umar berkata kepada Nabi SAW:

"Wahai Rasulullah, sungguh engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu apa pun, kecuali diriku."
Maka Nabi SAW menjawab, "Bukan begitu, demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sehingga aku lebih engkau cintai daripada dirimu sendiri."
Maka Umar menjawab, "Demi Allah, sesungguhnya engkau sekarang lebih aku cintai daripada diriku sendiri."
Maka Nabi SAW menjawab, "Sekarang Umar, (telah sempurna imanmu)."

Anas juga meriwayatkan daripada Rasulullah SAW, beliau bersabda yang bermaksud:

"Tidak beriman salah seorang di antara kalian, sehingga aku lebih dia cintai daripada orang tuanya, anaknya dan seluruh manusia."
Mencintai seseorang kerana Allah maksudnya menjaga hubungan kasih sayang antara seorang Muslim dengan saudaranya atas landasan iman kepada Allah SWT dan amal soleh."

Kita mencintai saudara kita bukan kerana keuntungan kebendaan atau harta, kita membencinya atau menjauhinya bukan kerana kemiskinan atau tidak memperoleh manfaat dunia darinya. Ukuran cinta kita kepadanya adalah atas dasar iman dan amal
Saling mencintai kerana Allah mempunyai hak yang harus ditunaikan antaranya membantu memenuhi keperluan saudaranya dan menolong pada saat dia memerlukan bantuan, tidak membuka aib, tidak membenci, tidak iri dan dengki terhadap nikmat yang diberikan Allah kepada saudara kita.

Sentiasa mendoakan saudara kita tanpa pengetahuannya dan mengucapkan salam jika bertemu, bertanya khabar keadaannya, tidak sombong dan tinggi diri. Jalinan seorang Muslim dengan Muslim lain dibangun atas landasan cinta kepada Allah.

Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan sabda Baginda mengenai tujuh golongan yang akan dinaungi Allah antaranya:
"Dua orang yang saling mencintai kerana Allah, berkumpul kerana-Nya dan berpisah kerana-Nya."

- Artikel iluvislam.com




p/s : Dunia memang banyak perkara yang manis,tapi manis dunia macam manis gula yang bawa penyakit kalau amik byk,manis akhirat macam manis madu,semakin diambil semakin byk manfaat pada kesihatan..Aku,ko,gua,lu,korang,kami,semua sama-sama kita pilijh mana satu yang kita mahu rasa manisnya dalam hati..!Amik gula ikut perlu dan amik madu selalu!!

Seminar Marketing Power 2012 by Dr Azizan Osman



Tak peduli la sapepun penceramah ni,yang penting aku (abang) nak pegi dengar dulu apa dia sampaikan...


Monday 11 June 2012

Nasihat al-Habib Ali al-Jufri kepada remaja...Pecah panggung!!!




Saksikan video yang cukup bermanfaat ini dari ulama' yang luas ilmu dan hikmahnya bagi kita remaja islam yang hidup dizaman menggila ini..Selamat menonton video osem ini!
 
 
 


 







Wednesday 6 June 2012

Bagaimana Mengumpulkan wang dan Membangun Ekonomi dalam Negara Islam


SEBUAH Negara Islam sangat jauh bezanya dengan sebuah negara yang tidak Islam. Dengan kata lain, negara yang rakyatnya mengamalkan sistem hidup Islam sangat berbeza dengan negara yang mengamalkan sistem-sistem hidup sekuler. Sebabnya ialah sistem hidup Islam itu mempunyai dasar dan tujuan yang jauh berbeza dengan sistem lain. Dalam soal ekonomi negara, Islam mengharamkan riba, tipuan, korupsi dan penindasan. Hutang piutang juga tidak digalakkan. Agar negara dan rakyat tidak mudah dicatur oleh orang lain. Pembaziran dan membuang harta dengan sia-sia dan kurang bermanfaat ditentang. Hasil-hasil pengeluaran dari sumber-sumber yang haram seperti riba, pelacuran, judi dengan cara-cara yang tidak halal ditolak. Bahkan sumber yang makruh pun dihindarkan seperti hasil tembakau.

Negara Islam, negara yang berdikari dalam soal ekonomi. Maksudnya, ia dapat berdiri sendiri tanpa minta sedekah atau berhutang dan bergantung dengan orang lain. Lebih-lebih lagi dengan musuh-musuh Islam. Bahkan sepatutnya Negara Islam itu mempunyai kelebihan harta dan wang, yang melimpah ke negara umat Islam yang lain. Sebab itu dalam sejarah, negara-negara Islam mempunyai tamadun yang luar biasa dan mengagumkan. Bahkan umat Islam telah pernah menjadi empayar memerintah 3/4 dunia,  mempunyai sistem percaturan ekonomi Islam yang begitu licin dan berhasil.

Dengan izin ALLAH, kita akan cube memahami di sini bagaimana caranya Islam membina kewangan dalam negara serta melancarkan projek ekonomi rakyat, sistem pembahagian harta untuk mencapai sebuah negara yang aman, makmur dan mendapat keampunan ALLAH.





Sumber- sumber Kewangan

1. ALLAH SWT berfirman:

Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH niscaya dilepaskan dari masalah hidup dan diberi rezeki dari sumber yang tidak diduga. (Ath Thalaq 2-3)

FirmanNya lagi:

Kalau penduduk satu kampung itu beriman dan bertakwa, Kami (ALLAH) akan bukakan barakah dari langit dan bumi. (Al A'raf 96)

Dengan janji-janji yang pasti itu, maka dalam negara yang orang-orangnya majoritinya bertakwa kepada ALLAH, niscaya terdapat rezeki-rezeki yang ALLAH datangkan dengan cara-cara yang tidak disangka-sangka. Di samping itu segala usaha akan diberkati, yakni usaha yang sedikit mendapat hasil yang banyak apalagi kalau usahanya besar. Misalnya, tanam-tanaman subur memberi hasil lumayan, binatang-binatang ternak berkembang biak dan menghasilkan susu atau daging yang banyak. Nelayan pulang dari laut membawa bakul atau wadah yang penuh dengan hasil tangkapan. Itulah negara yang diberkati. Ekonomi di sudut itu sudah dilupakan orang sekalipun ulama-ulamanya. Bahkan orang akan tertawa karena tidak masuk akal.

Untuk itu pemerintah mesti mengambil berat soal takwa mereka dan juga takwa rakyat jelata. Karena takwa adalah rahasia utama dan perkara asas untuk kejayaan ekonomi dalam Negara Islam. Pendidikan takwa itu mesti menjadi dasar dalam sistem pendidikan di sekolah dan untuk orang dewasa.

2. Pemerintah dan rakyat jelata yang bertakwa dalam Negara Islam mesti membuktikan ketakwaan mereka dengan sifat khidmat, pemurah, mengutamakan orang lain, zuhud dan qanaah. Yakni dapat hidup secara sederhana dan merasa cukup dengan kesederhanaan itu. Batas kesederhanaan yang dimaksudkan ialah hidup dalam keadaan cukup keperluan asas dan kemudahan-kemudahan hidup. Keperluan asas yang dimaksudkan ialah tempat tinggal, makanan-makanan asas, pakaian dan sejenisnya secara sederhana yakni tidak berlebihan dan tidak kekurangan.

Kemudahan-kemudalan hidup seperti kendaraan, elektrik, air, telepon, keperluan dapur, perabot rumah dan lain-lain yang semuanya berguna untuk memudahkan menjalankan tanggung jawab dan memberi faedah untuk rakyat. Kelengkapan rumah atau hiasan yang haram, sia-sia dan membazir tidak dibenarkan oleh Islam. Pembaziran itu haram hukumnya. Itu ditegaskan oleh ALLAH dengan firmanNya:

Sesungguhnya orang-orang membazir mereka itu adalah saudara syaitan. Dan syaitan itu kufur terhadap Tuhannya.(Al Isra': 27)

Dalam Islam, taraf hidup pemerintah dan rakyat sama saja. Laksana anak dengan ayah, yang tinggal dalam sebuah rumah, tentu tidak berbeza, kecuali mungkin keperluan ayah lebih daripada keperluan anak-anaknya. Dan kemudahan hidup ayah lebih daripada kemudahan yang dikehendaki oleh anak-anak. Karena ayahnya itu memerlukan kemudahan dalam mengurus dan mengendalikan tanggung jawab untuk kepentingan anak-anaknya. Itu saja bezanya.

Pembaziran sangat ditentang. Menghabiskan harta dengan sia-sia juga dilarang. Artinya dalam Negara Islam, tidak ada pemerintah atau orang kaya yang hidup bermewah-mewahan dan berfoya-foya. Mereka hidup sederhana. Kelebihan harta mereka (kalau ada) adalah untuk tabung-tabung jihad dan untuk rakyat yang memerlukan. Kekayaan orang kaya adalah untuk menampung keperluan negara dan rakyat yang susah. Bukannya hendak menumpuk-numpuk harta untuk berfoya-foya dan membuang harta dengan sia-sia.

Tujuan ALLAH menciptakan miskin dan kaya ialah supaya kedua golongan saling memberi dan menerima untuk menambah ukhuwah antara mereka. ALLAH tidak bermaksud supaya orang kaya berbangga dan si miskin sakit jiwa. Sebab itu menurut Islam, dalam harta orang kaya itu ada hak orang miskin yang mesti ditunaikan. Sekiranya tanggung jawab itu diabaikan, masalah dan kepincangan akan berlaku dalam masyarakat. Beban dan dosa-dosanya juga ditanggung oleh orang kaya. Masalah mencuri, merampok, hasad dan membunuh akan dilakukan oleh orang-orang miskin yang jahat kepada si kaya yang sombong dan bakhil. Huru-hara itu akan terpaksa ditanggung juga oleh negara dan masyarakat seluruhnya termasuk orang-orang kaya.

Dalam keadaan pemerintah dan rakyat hidup sederhana, maka kekayaan negara akan terkumpul untuk digunakan dalam projek-projek pembangunan milik rakyat bersama. Negara dan rakyat akan menjadi makmur dan maju tanpa perlu minta sedekah atau berhutang sana-sini, karena akan menghilangkan kemerdekaan serta menjatuhkan harga diri agama, negara dan bangsa.

3. Sumber kewangan negara juga dapat diperoleh dari zakat, baik zakat harta atau zakat fitrah. Hal itu memang diwajibkan oleh Islam. Sebab itu pemerintah mesti serius dalam usaha mendidik rakyat agar semuanya membayar zakat. Yakni dididik dengan iman, betapa orang yang membayar zakat diberi ganjaran yang besar oleh ALLAH dan sebaliknya azab Neraka untuk yang tidak berzakat. Sayidina Abu Bakar telah memerangi golongan yang tidak mau membayar zakat. Kalaulah hukum itu diperlakukan betul-betul oleh pemerintah yang berwibawa, niscaya wang zakat akan lebih berperanan dalam kehidupan. Dan bila wang-wang tsb dibagi-bagikan dengan betul kepada lapan asnaf tersebut, niscaya beban negara akan berkurang, kehidupan fakir miskin dapat sedikit dikurangkan dan akan menghasilkan macam-macam kebaikan insya-ALLAH.

Selain zakat, orang kaya juga sangat dianjurkan agar bersedekah, mewakafkan harta, menjamu, berkorban, membantu dalam kesusahan, membantu biaya perubatan, memberi biasiswa dan dalam usaha-usaha atau perniagaan rakyat kecil-kecilan, membantu sekolah-sekolah, masjid, membuat jalan raya dan lain-lain. Anjuran itu sangat banyak dan jelas dalam Al Quran dan Hadist. Bahkan Rasulullah dan para Sahabat berhabis-habisan harta untuk jihad di jalan ALLAH. Mereka ingin menyimpan kelebihan harta dunia itu untuk Akhirat. Sebab mereka ingin selamat dari penghisaban di Padang Mahsyar yang dahsyat.

Sebab itu untuk hidup di dunia mereka mengambil  untuk kemudahan hidup sekedar keperluan. Kekayaan mereka diserahkan kepada ALLAH yakni untuk menegakkan masyarakat dan tamadun Islam. Mereka sengaja memilih kemiskinan di dunia untuk menegakkan hukum ALLAH di dunia dan menjadi orang kaya Akhirat. Itulah pilihan hidup mereka. Pilihan yang bijaksana, karena mengutamakan sesuatu yang kekal abadi.

Negara yang dapat melaksanakan hidup sederhana baik di kalangan rakyat maupun pemerintah, dapat pula mengumpulkan wang zakat serta orang-orang kaya dapat bertindak menjadi bank kepada masyarakat, semangat pengorbanan untuk jihad fisabilillah pun tinggi, niscaya mereka dapat berdikari dalam soal ekonomi. Beban hutang negara dapat diselesaikan ataupun bila negara belum berhutang, tidak perlu berhutang lagi. Untuk membuktikan itu cukuplah kita perhitungkan sebagai berikut :
Di Malaysia katakan ada 100 orang, di mana tiap-tiap orang mengambil gaji bulanannya sebanyak RM10 ribu sebulan. Artinya wang negara sebanyak RM l juta telah disia-siakan. Kalau mereka hanya mengambil RM3000 sebulan, berapa banyak wang negara dapat diselamatkan.

Tapi untuk mendapatkan suasana hidup bertakwa itu tidak mudah. Membuat orang-orang kaya bersifat pemurah bukan mudah. Membuat pemerintah menjadi orang-orang yang zuhud bukana mudah. Menjadikan orang miskin redha dan sabar, bukan mudah. Perlu ada usaha yang serius dan sungguh-sungguh dari semua golongan terutama dari para pemerintah dan para ulama. Pendidikan takwa yang sangat berkesan perlu diusahakan.

Membangun Ekonomi Rakyat

Sesudah mengumpulkan wang negara melalui cara-cara hidup yang disebutkan tadi, sekarang kita akan melihat bagaimana pemasukan wang dari sumber-sumber yang dapat diusahakan oleh rakyat. Semoga rancangan ekonomi itu benar-benar dapat menyelesaikan masalah ekonomi umat Islam.

1. Biasanya ALLAH telah melimpahkan rezeki untuk negara. Sebab rezeki itu adalah rahmat dan anugerah dari ALLAH yang telah dijanjikan. Terhadap seseorang yang memiliki anak yang banyak pun ALLAH berpesan, jangan bimbang dengan rezeki anak-anak. FirmanNya:

Dan janganlah kamu membunuh anak kamu (membatasi kelahiran anak) karena takut kemiskinan. Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan juga mereka.(Al Isra': 31)

Demikian juga dalam negara. Sebab itu ALLAH melimpahkan macam-macam harta di dalam negara. Misalnya di Malaysia terdapat bahan-bahan galian seperti emas, perak, timah, minyak dan lain-lain. Ada juga khazanah hutan seperti balak kayu. Di laut ada ikan, di darat ada hasil pertanian dan lain-lain. Semua itu adalah rahmat dan limpahan rezeki dari ALLAH yang kalau dibahagikan dengan adil pasti cukup untuk mewujudkan kemakmuran kepada rakyat dan negara. Cara untuk menggunakan khazanah kekayaan negara itu dengan sebaik-baiknya ialah:

a. Melibatkan rakyat atau paling tidak orang miskin untuk memiliki saham dalam mengusahakan pengeluaran khazanah itu. Dengan diberikan saham kepada mereka secara subsidi dari pemerintah.

b. Membuat perusahaan untuk mengusahakan pengeluaran kekayaan bumi tsb, supaya hasilnya merata dan melimpah-ruah kepada negara dan rakyat, sekaligus menambah pendapatan rakyat.

Kalaulah langkah-langkah ini dapat dijayakan, yang tentunya dimulakan dengan jiwa-jiwa takwa insan-insannya, maka harta tidak lagi tertumpuk dalam tangan beberapa individu saja tetapi menjadi milik bersama rakyat dan negara.

Perlu diingat, di negeri manapun yang memiliki sumber minyak,  balak atau sumber kekayaan lain bagi negeri itu, pemerintah mesti menggunakan hasil-hasil pendapatan tersebut untuk membangun negeri itu terlebih dahulu. Sebelum wang itu dialirkan ke pusat atau ke tempat lain. Pembangunan seperti jalan raya, biasiswa, mendirikan rumah untuk orang miskin dan kemudahan serta keperluan lain.

2. Supaya umat Islam dan rakyat dapat menjadi pengusaha, penyedia dan pengeluar barang halal, suci dan bersih, pemerintah mesti menggalakkan industri-industri kecil atau home industry di kalangn rakyat. Yakni menimbulkan perusahaan kecil-kecilan di rumah masing- masing untuk membuat makanan ringan, minuman dan kerajinan tangan. Cara itu tidak memerlukan tahap dan biaya penyelenggaraan yang besar.

Penerangan tentang pentingnya rakyat menyediakan tenaga dalam kegiatan-kegiatan ekonomi seperti itu mesti dibuat secara serius dari masa ke masa. Yakni dengan memberi keterangan tentang peranan kegiatan tersebut sebagai fardhu kifayah yang sangat dituntut oleh Islam,  demi tertegaknya ekonomi yang suci, halal dan menyeluruh. Orang-orang bertakwa mesti membuktikan iman mereka dengan menjalankan hukum-hukum ALLAH itu dalam kehidupan mereka.

Untuk menjamin berlangsungnya projek yang penting itu pemerintah mesti menyediakan tenaga dan wang yang cukup untuk membantu perjalanannya serta menyelesaikan masalah pemasaran dengan mendirikan agen-agen yang berhubungan. Atau menggiatkan jalinan kerja sama antara usaha di kalangan rakyat. Paling tidak di kalangan mereka yang terlibat dengan home industry. Untuk tujuan menyediakan bahan mentah serta mengumpulkan hasilnya untuk dipasarkan baik di dalam atau di luar negeri.

Gambarkanlah keadaannya bila projek itu dapat dijalankan dengan baik, negara akan mempunyai hasil kekayaan buatan anak-anak dalam negeri secara halal, pengangguran dapat dihapuskan, pendapatan rakyat dapat ditingkatkan dan selamat dari tekanan-tekanan golongan kapitalis.

3. 9/10 rezeki ada dalam perniagaan. Demikianlah Rasulullah memberitahu kita. Jadi kekayaan umat Islam dapat dicari melalui perniagaan. Pemerintah mesti melatih, mendidik dan membuka peluang-peluang perniagaan sebanyak-banyaknya kepada rakyat. Hal itu adalah ibadah fardhu kifayah yang dituntut. Jika sekiranya tidak dilakukan, dosanya akan ditanggung bersama. Umat Islam mesti memiliki tempat berbelanja sendiri untuk kemudahan rakyat dan mesti berjalan menurut cara Islam.

Bantuan subsidi hendaklah diberikan kepada rakyat yang sudah menunjukkan potensi yang baik. Pemerintah mesti adil dalam memberikan subsidi, supaya benar-benar merata dan tepat pada orangnya. Subsidi jangan digunakan untuk kepentingan politik. Selain dari itu, pelaksanaan kerja sama antara perusahaan dan sistem mudarabah (yakni berbagi tenaga dan modal antara kedua pihak) juga dapat memperbanyak gelanggang perniagaan di kalangan rakyat.Kejayaan perancangan itu tergantung pada takwa, kesungguhan, bantuan-bantuan kepakaran dan modal. Untuk itu pemerintah mesti serius menyediakan semua itu. Di mana saja di dunia ini, siapa yang berjaya menjadi golongan peniaga, merekalah yang dapat menjadi pemegang tampuk ekonomi negara. Umat Islam mesti berdaya upaya untuk mendapatkan hal itu.Sebab kegagalan selama ini adalah karena pemerintah hanya mementingkan soal-soal kepakaran dan modal. Tetapi tidak atas dasar takwa. Orang yang membeli dan menerima, kedua-duanya tidak bertakwa. Sebab itu ALLAH lepas diriNya. Kalau orang kafir berjaya memang atas dasar quwwah (usaha lahir). Tetapi umat Islam mesti atas dasar takwa. Itulah yang tidak difahami oleh umat Islam selama ini termasuk di kalangan para pemerintah dan sebagian alim ulama.

4. Pertanian dan peternakan juga sangat penting dalam negara, sebagai sumber bahan mentah. Negara mesti memenuhi keperluan asas sendiri tanpa mengharapkan sumbangan dari negara lain. Untuk itu kesadaran dan jiwa bertani dan beternak itu mesti ditanamkan sungguh-sungguh dalam diri rakyat. Buatlah rakyat melihat pertanian ini satu kerja mulia dan tinggi nilainya di sisi ALLAH  karena sebagian dari bahan mentah itu adalah keperluan asas kepada rakyat.Pemerintah mesti mencari jalan untuk membuat golongan petani menjadi golongan yang terhormat baik di segi pendapatan, kehidupan atau pergaulan. Pemuda-pemuda dan pemudi-pemudi mesti bersedia ke ladang, tanah yang terlantar mesti diusahakan. Untuk itu kita mesti meniru wilayah Yunnan dan wilayah-wilayah lain di Negeri Cina dalam sudut kesungguhan mereka, bukan di sudut takwa. Pertanian mereka sungguh mengagumkan. Seperti dikatakan tadi, subsidi, mudharabah dan kerja sama antara perusahaan adalah bantuan-bantuan yang sangat baik untuk menjayakan projek itu. Sekali lagi, demi kejayaannya, hal tersebut jangan dijadikan mainan politik orang-orang tertentu.

5. Sekiranya usaha-usaha serius dalam negara tidak juga menyediakan keperluan yang cukup, maka pemerintah mesti mengusahakan supaya rakyat mengimport keperluan dari luar. Kalau boleh, utamakan barang-barang dari negara umat Islam, dengan tujuan membantu ekonomi umat Islam di sana. Keuntungan lain dari kerja-kerja eksport dan import ini adalah terjalinnya hubungan baik antara kedua negara dan rakyat mereka.


Cukuplah sampai di sini dulu rancangan umum tentang ekonomi negara. Di mana kalau dapat dilaksanakan secara menyeluruh, hasilnya sudah cukup untuk mewujudkan suasana makmur dalam negara. Di mana semua rakyat merasa cukup dan tenteram tinggal di dalam negara. Pembangunan tamadun lahiriah akan dapat dijayakan dengan pesat tanpa menanggung hutang. Tabung-tabung kebajikan senantiasa terisi dan masalah masyarakat akan berkurang, insya ALLAH. Gambaran suasana dalam Negara Islam dapat disaksikan dengan jelas dalam negara-negara salafussoleh. Mudah-mudahan sejarah itu akan berulang sekali lagi, insyaALLAH.







Monday 4 June 2012

Download Ebook Ni! Free je

Jutawan Feb12

18 Punca Barakah dalam Hidup

Sila klik pada gambar ni supaya lebih jelas.....



      Seperti biasa,post kali ini aku amik dari 'productivemuslim.com'..aku cube amik yang ringkas dahulu agar mudah kita faham dan paling penting sedikit demi sedikit kita amalkan dan ajak orang lain beramal sama insyaAllah..

      Diantara rahsia untuk kita kekal kaya walaupun gaji tidak  besar adalah melalui jalan KEBERKATAN.Di barat,mereka tidak kenal ape itu keberkatan kecuali yang pegang kuat pada agama asal nasrani(kristian) dan yahudi.Disebabkan itu mereka tidak pernah kenal erti puas dengan apa yang mereka ada.Sebab bagi mereka kebahagiaan datang bila ada segala-galanya bentuk material dan kemudahan dunia.Bagi mereka jika gaji kecil,ia adalah suatu keadaan yang amat malang bagi mereka.Soalnya bukan salah untuk meraih lebih,tetapi  realitinya bilamana berlaku kemiskinan dan kekacauan perasaan yang menggila disebabkan faktor kurangnya aset dunia yang diidam-idamkan,ia mula mencetus kemahuan untuk bertindak melampaui batasan manusia normal.Berlakulah mencuri,merompak,penipuan,rasuah,berjudi dan yang sama waktu dengannya.

   Chop!!!!Tapi ada juga orang Islam yang 'problem',ni ape kes?!!..hoho..Jangan samakan Islam dengan orang Islam.Itu perkara yang lain.Islam ibarat kereta ferari dan orang islam hariini umpama pemandu kereta yang belum dapat lesen kereta yang sah.Jadi adakah salah kereta atau pemandu jika pemandu mabuk tapi memandu kereta?Tolong Fikir Kejap..:-p

       Berbalik pada topik asal, didalam Islam adanya jalan keberkatan.Ia melengkapkan kebahagiaan material yang kita ada tidak kira material yang kita ada banyak atau sedikit.Bila berkat,yang kaya suka bersedekah dan tidak suka menyebut sedekahnya,yang miskin redha dan tidak suka mengeluh dengan kekurangan dunianya.Berkat adalah anugerah Allah kepada hambanya yang mahukannya.Yang berusaha untuk meraihnya .Berkat juga buat umur seseorang panjang.Lihat saja Imam Bukhari,Imam Ghazali dan imam-imam besar islam lain,mereka sudah mati berabad lama dah,tapi kerja dan sumbangan mereka seolah-olah mereka masih hidup.Inilah die dikatakan berkat..

     Jadi untuk itu berikut terjemahan senarai 18 punca keberkatan yang telah disenarikan dari laman web produktifmuslim.com :

1) Niat Baik Kerana Allah
2) Berserah & Yakin Pada Allah
3) Percaya pada Allah
4) Baca Al-quran
5) Baca 'Bismillah' sebelum mula tugas yang baik
6) Makan berjemaah 
7) Jujur
8) Doa
9) Pendapatan Yang Halal
10) Ikut sunnah nabi saw
11) Solat istikharah bila mahu membuat keputusan
12) Bersyukur
13) Bersedekah
14) Jalin Silaturrahim
15) Bangun Seawal pagi
16) Berkahwin
17) Solat wajib dan Sunnah
18) Memaafkan orang lain

p/s : Moga kita sama-sama dapat cube amalkan dan mahu atau tidak kita sebenarnya amat perlukan kepada punca-punca keberkatan hidup ini untuk keluar dari belengu masalah dunia yang semakin mencabar dan menggila kini!!!

Saturday 2 June 2012

Jus Jambu Asam Boi Special



Masing-masing dari kita memiliki kemampuan diri yang berbeza dari yang dimiliki orang lain. Kadang-kadang kesempatan untuk menjadi produktif pada seseorang berbeza dari kesempatan yang dimiliki orang lain. Demikian pula, peluang pekerjaan dan kesempatan kerja pada tiap orang tidak selalu sama.

Kata-kata di atas hanyalah sekadar renungan tetapi apa yang ingin saya kongsikan pada entri kali ini adalah berkenaan hasil rezeki yang diperoleh daripada perniagaan. Barangkali sudah kerap kali kita mendengar orang membaca hadis “Sembilan per sepuluh daripada rezeki ada pada perniagaan”. Bahkan saya seringkali juga diajak oleh rakan-rakan untuk menyertai perniagaan MLM dan mereka juga membaca hadis ini bagi meyakinkan saya akan pendapatan yang bakal diperoleh daripada hasil perniagaan.

Saya ada analisis menarik untuk dikongsikan. Namun sebelum itu, pernahkah anda melihat gerai Jus Jambu (seperti gambar di atas) ini di tepi-tepi jalan? Kalau di Kedah terutamanya di kawasan Alor Setar banyak sekali bersepah gerai-gerai semacam ini. Saya sempat berbual dengan kakak yang menjual air jus jambu ini dan berikut adalah fakta-fakta yang saya dapatkan:-


  • Perniagaan air jus jambu ini dijual secara franchise dengan modal permulaan RM 1600.
  • Dianggarkan lebih kurang 600 gerai Jus Jambu ini seluruh Malaysia dengan 3 orang tauke.
  • Air jus jambu ini dijual dengan harga RM 1.50 (biasa) dan RM 2.00 (special).
  • Purata jualan setiap hari lebih kurang RM 200 bergantung kepada keadaan cuaca dan jualan biasa mencecah RM 400 sehari.
  • Setiap hari penjual gerai membeli jus jambu (pati) yang dijual dengan harga RM 17 (10 liter).
  • Purata penjual gerai membeli setiap hari pati jus jambu adalah 30 liter iaitu RM 51.
Okay, sekarang mari kita mengira bersama-sama berapakah pendapatan yang diperolehi setiap dari tauke jus jambu ini dan penjual gerai dalam masa sebulan. Kita mulakan dengan taukenya dahulu tetapi sebelum itu kita harus membuat beberapa andaian.


  • Setiap tauke jus jambu memiliki 200 gerai.
  • Setiap hari tauke jus jambu ini mendapat keuntungan bersih sebanyak RM 10 hasil daripada jualan pati jus jambu kepada penjual gerai yang membelinya secara purata setiap hari 30 liter (RM 51).
Maka, pendapatan dalam sebulan:

RM 10 x 200 gerai x 30 hari = RM 60,000 sebulan

.
Bagi setiap penjual gerai pula,

Keuntungan bersih setiap hari: RM 200 – RM 51 = RM 149 sehari

Maka, pendapatan dalam sebulan:

RM 149 x 30 hari = RM 4470 sebulan

Nah, lihatlah kepada pendapatan yang diperolehi oleh tauke dan penjual jus jambu ini. Mungkin jika dinisbahkan pendapatan sebulan si tauke itu dengan pendapatan kakitangan kerajaan bisa saja dianggarkan 9:1. Barangkali mungkin analisis sederhana saya ini tidaklah terlalu tepat kerana belum mengambil kira kos-kos yang lain tetapi rasanya bisa saja diterima kan =)

Huh, mungkin selepas ini saya harus berfikir untuk bekerja sendiri. Tetapi mampukah??

**Berfikir dan buatlah sesuatu sesuai tujuan penciptaanmu kerana Allah tidak menciptakan dirimu secara sia-sia**



p/s : Tiada yang mustahil jika kita faham apa yang kita lakukan dan tau bagaimana untuk mencapainya.:-)
Friday 1 June 2012

10 Tips Of Becoming Productive Muslim


Sila Klik pada gambar utk lebih jelas..:-)

1) Buat tugasan seawal mungkin
2) Solat istikharah sebelum buat keputusan
3) Rancang hari anda sebelum bermula hari baru
4) Bina budaya membaca dalam diri
5) Beri masa kita untuk Allah dan Allah akan beri masa utk kita
6) Bantu orang lain & Allah akn bantu kita
7) Idea adalah kurniaan Allah,catatkan ia bila terlintas di fikiran
8) Muslim produktif tidak pernah mengalah
9) Tiada alasan mengatakan anda terlalu muda atau tua untuk melakukan kebaikan
10) Sentiasa niat dengan niat yang baik(ikhlas) dan bekerja keras

p/s : Mari berusaha amal skit2 sampai ia jadi tabiat..selamat mencuba..:-)