Isi Belog

Woit!!

1) Kalian amat digalakkan baca ikut pembahagian topik-topik dalam belog ini.Cume klik pada bahagian yang korang nak baca di 'isi belog'.

2) Baca dengan penuh perhatian tapi jangan sampai hingus meleleh dah.


Sekian
Powered by Blogger.
Thursday 31 May 2012

Bilik Aku (abang) di minggu exam!


Meja je la yang rapi skit...


  
Lantai penuh dgn nota yang memecahkan kepala otak!



Meja operasi Generasikool....


Ruang office bilik..haha

Susunan orng bujang...


Ha!!..ni la die bekalan makanan di waktu exam,beras,telor,air mineral satu botol besar dan roti..bersepah!!kalu abah tgk,mampos aku!



Ni baru skit bro nota gini..ada berpuluh note gini yg nak kena hafal..!


p/s : Ini namanya xde kerja dah sbb dah tepu studi nota yg byk..waaa!!!

Pengumuman : Semua Adik Beradik Please Alert This!

Assalamualaikum sume,

Pengumuman ni khusus utk semua anep,napi,hilmi dan hakim yg slalu dpt acces ternet..(haziq x dpt acces sgt)..

Kalian dikehendaki untuk taipkan alamat email kalian di bahagian atas kiri blog ni yang bertajuk 'follow by email'...Caranya,taipkan alamat penuh email anda..contoh 'hafiz.huzazi@yahoo.com' dan klik butang submit..

Kemudian satu pesanan ringkas meminta kalian sume mengesahkan  email kalian di dalam 'inbox' kalian..masuk email masing2 dan klik 'link' yang warna 'biru'.Seperti yang dalam gambar di bawah ni..


Lepas klik yang sperti gambar di atas,klik pula yang sperti di bawah ini..




Kenapa nak kena buat sume ni?Supaya ape je post terbaru atau citer terbaru dalam belog 'generasikool' ini akan dimaklumkan terus kepada email korang sume secara automatik!!! So simple je..x yah la asik aku nk inform je pasal post baru kat blog ni..

Kemudian jika kalian ingin juga menulis hal hidup kalian tak kira la pasal studi ke,pasal kawan ke,pasal kucing ke,pasal duit ke,pasal handphone canggih ke,pasal dakwah ke, kalian amat dialu-alukan utk berbuat demikian dengan email sahaja tulisan kalian ke alamat 'hafiz.huzazi@yahoo.com'..insyaallah aku (abg) akan letak di belog ni..So semua leh merepek la kisah dan aktivit terkini korang..

Ok sekian semua..bertemu di post seterusnya..



p/s : sedang jemu mengadap nota 'central nervous system' yang payah tahap gaban..!!



Wednesday 30 May 2012

Minggu exam abang



Assalamualaikum,

   Sekarang aku(abang) sedang dalam 'exam mode'..Ini semester yang paling 'tough' dan paling giler jadual examnya..Nape tough?Sebab semua subjek sperti yg dalam jadual di atas adalah subjek yang menghafal semuanya dengan setiap subjek ada puluhan topik dan beratus subtopik dan tidak ada pengiraan sama skali dalam kesemua subjek ni!!!!! Dan yang paling dasyat exam yang penting ni jadualnya sangat rapat2..Ini menyebabkan aku jadi teramat lesu membaca nota yang tebal2 lagi mencanak!!!

So,ape yang nak kecohnya bang?So aku cume nak mintak korang sume doakan la aku bersabar utk melalui hari2 exam yang sgt menggila ni...Ok..bertemu dalam post seterusnya..Sekian sume!

wslm...
Sunday 27 May 2012

Satu masa dulu..


Al-Fatihah buat huzaifah (ipah) selaku adik beradik yang kedua.Moga Allah rahmati roh ipah disana.Amin..

(-_-).......................



Belog Adik Beradik Kool


Assalamualaikum wrt wbt...

Hanif (anep/ayob)
Hanafi (pupup)
Hilmi Muhaimin (yoyoy)
Hakim (akem)
Haziq (damek)

Tahniah semua kerana bagi masa ziarah belog yang baru abang lancarkan ni.Belog ni bukan bertujuan nak jadi 'poyo' ape lagi 'tunjuk hebat'.Dengan ini belog ini dirasmikan atas beberapa tujuan utama :



1) Nak kongsi ilmu dari pelbagai sumber yang sahih.2 jenis ilmu yang kita akan sama-sama 'update' :
 
    i) Ilmu dunia-Pengurusan masa,pengurusan wang,pelaburan wang,'teamwork',hiburan mendidik,politik,ekonomi,kesihatan,ilmu internet,ilmu komputer &gadget, ilmu sosial.Kesemua ini akan kita cedok dari sape sahaja yang ada kepakaran samaada dari barat ataupun dari negara-negara Islam asalkan ia tidak bertentangan dengan agama dan ia menguntungkan diri,keluarga,masyarakat dan agama. Tujuan kita kuasai sebanyak mungkin 'skill' dan 'ilmu' agar kita dapat letak agama ketempat tertinggi di tengah masyarakat dengan sedaya upaya yang kita ada..InsyaAllah.

   ii) Ilmu Akhirat : Ini sudah tentu amat wajib sama sekali bagi kita semua pelajari.3 perkara asas ilmu Islam yang kita kena sentiasa 'update' iaitu ilmu tauhid(kenal Allah),ilmu ibadah/fiqh dan ilmu akhlak/tasawuf.Dalam belog ni,akan disajikan pelbagai method penyampaian ilmu agama itu dari sumber yang sahih samaada dalam bentuk video-video,peta minda,'powerpoint' dan artikel dan sebagainya.Tujuannya agar kita dapat saling tolong menolong untuk kebaikan walaupun kita duduk berjauhan.



2)Belog ini juga bertujuan utk 'announce' ape je perancangan dan aktiviti-aktiviti secara langsung ataupun x langsung sesama kita adik beradik.Sebagai contoh,mungkin abang akan ada nak buat 'bisnes'..Abang akan 'announce' disini utk semua tahu ape yang telah dan akan abang laksanakan.



3) Seterusnya adalah utk kita update berita-berita dan isu-isu semasa umat islam dalam negara dan luarnegara.



Sekian dulu kali ini..nantikan 'next post' dari belog ini!:-)